PERMOHONAN PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2014/2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014 SEKOLAH RENDAH

Permohonan Penempatan dan Pendaftaran Murid ke Tahun 1 (2014 dan 2015) di Sekolah Rendah akan dijalankan selama satu bulan mulai 01 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013

 Proses Permohonan Penempatan

Semua permohonan penempatan kanak-kanak ke Sekolah Rendah hanya boleh   dibuat pada seawal dua tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah. Permohonan penempatan yang dibuat pada tahun 2013 adalah bagi :

  •  Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2007 hingga 01 Januari 2008 yang belum    membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2014
  • Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2008 hingga 01 Januari 2009 untuk tahun persekolahan 2015
Tarikh : 01 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen)
Sila bawa bersama : 1. Sijil Lahir/sijil Anak Angkat ( asal dan salinan)
2. Bil Letrik/Bil Air – sebagai bukti alamat
3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
4. Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Hak Penjagaan anak (asal + salinan)
5. Sampul surat bersetem bersaiz 4×9 (115 cm x 245 cm)


Zahrati Azizan

Administrator GPB